Rabu, 10 November 2010

SUNSET DINNER,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,





Sunset dinner,,,,,,,,,,,,,,,,,terbaekk!!!!

JALAN JALAN CARI MAKAN..................

  
      Salam,,,,singgah jap kat blog ni,,,erm nak citer pasal apa eh??, Apa kata kita cerita pasal makanan kat sini,,,Just nak citer pengalaman masa makan kat restoran magga madu,,,Ubud ( Bali ),,,Menu dia amat unik dan berlainan dari masakan kat negara kita ni,,,Hari tu aku try menu "Nasi pecel Ayam Lele" dan aku try minum air "sekoteng"..apabila hidangan sampai aku pun terus menjamu selera,,,pergh sedap beb,,,lain dari yang lain,,,,memang ngam ngan tekak aku,, ( alahai bagi ape pun habis aku cekik,,,kecuali kayu n batu je) hehehe...biasa la lepas je makan masing dah tersandar kekenyangan,,,,
    Lepas je makan di sajikan dengan pencuci mulut,,,,,wah lengkap sekali...dan yang menariknya,,,,Bayaran nyer amat murah sekali,,,memang best,,,,TErbaeKK!!!





Selasa, 9 November 2010

PULAU KETAM.........

  Asal aku bercakap pasal Pulau ketam ni je mesti ada kawan2 yang tanya,,,,,,"Best tak pulau tu???"....tu la soalan2 lazim yang kawan2 aku bagi kat aku,,,,al maklumlah aku ni kerja kat Pulau Ketam,,,,kerja sebagai ape???tak yah la tau,,,,,,yang penting bukan nelayan,,penyeludup dan lain2...hihi...kebanyakan masyarakat kat sini berbangsa Cina,,,,hanya kami je orang melayu kat sini,,,nak wat cam mana dah tugaskan...Kalau dah tugas kena lah pikul tanggung jawab tu,,,best ke tak best ke tu pilihan yang kedua,,,

  Teringat lagi aku masa pertama kali aku sampai sini,,,,,perasaan sedih yang x dapat di gambarkan,,,,,Masa aku sampai sini dulu,,,aku terpaksa menyewa bilik di rumah orang cine...aku x der kuarters lagi masa tu,,,masih dalam pembangunan ketika itu,,,Cuba korang fikirkan,,,mcm mana keadaan duduk rumah ngan bangsa lain,,,,nak makan pun payah,,,,tu lah antara pengalaman yang terpaksa aku tempuh......dalam tempoh setahun baru lah kuarters aku siap....baru la bernafas sikit

   Lama kelamaan aku dah biasa duk kat sini sampai nak naik darat pun dah malas.....apa yang aku suka kat sini ialah tenang,,,aman dan damai,,,,walaupun pulau ni tak cantik (memang tak cantik pon)hahaha,,,,,tapi  yang aku suka ialah tak de kesesakan jalan raya,,,tak de trafik light,,, takde kemalangan,,,dan tak de pencemaran..........

    Dari jeti Pelabuhan Klang nak sampai ke Pulau ni mengambil masa 45 minit...........lama ke???tu pn dengan kelajuan 4 knot nautika....dan jangan terkejut kalau aku cakap pengangkutan atau kenderaan yang hanya di gunakan kat Pulau ni ada lah basikal....nak tau sebab ape???? sebab Pulau ni perumahan dia jenis terapung,,,,jalan dia hanya pelantar yang selebar 6 kaki,,,,Dulu pernah juga menggunakan kenderaan seperti motosikal,,,Tapi malangnye banyak sangat kemalangan disebabkan jalan yang sempit,,,,Apabila banyak aduan dan rungutan maka motosikal pun di haramkan penggunaan nyer kat Pulau Ini..........

   Apa yang menariknya Pulau ini di gilai oleh kaki kaki pancing dan sering menjadi perbualan mulut bagi kaki-kaki pancing,,,, Antara ikan yang di idamkan ialah Kerapu, Siakap, Kurau, Pari dan lain2 lagi,,,,Tapi jangan la mengharap sangat kalau pancing kompom dapat,,,Dah namanye pon pancingkan,,,nasib la ada rezki adelah,,,,,dan Paling penting bergantung dengan teknik yang kurang guna,,,,kalau takde pengalaman pun payah...haha,,,,macam gak korang pancing awek,,,kene gak ade teknik Betul Tak???Ape pun Pulau ni berbeza dengan Pulau2 lain dan mempunyai tarikan yang tersendiri,,,,so sape-sape yang nak tau sangat tentang Pulau Ketam ni,,,macam tu lah cerita dia,,,,,,,,,,,,,,

    sebelum aku terlupa,,,yang bawah sekali tu la basikal aku,,,,hahaha,,,original Jepun beb,,,,,tapi recon la,,,basikal tu akan ku simpan sampai ke anak tu cucu,,,,kenangan tu,,,,,,,,,




  

 

SNORKLING...............


Best ke snorkling?erm bagi aku biasa je,,,,x der la best mana pun,,,,nak tau sebab ape tak best sangat bagi aku??1st aku x suke sangat coz bile selam je,,,air masuk kat mata,,,pedih tau,,,,hihi,,,potong stim je bila nak tengok keindahan alam,,,,2nd yang menguatkan statement aku ialah just tengok dari atas je pon,,,bukan leh pegang terumbu karang tu dan yang paling aku tak suka kene pakai life jaket,,,rimas,,,,

  Tapi tak kisah lah tu pendapat aku jer,,,tapi kalau korang kata best,,,best lah,,tapi bagi aku kurang best,,,hihi,,,aku lebih minat scuba,,,,cam best kan???tapi aku pun tak pernah try lagi....kalau scuba baru la best,,,,dapat pergi kat dasar laut,,,,tengok keindahan dasar laut,,,uii,,,best nyer,,,,rasa nak bawak balik je tapak sulaiman tu,,,bela kat umah,,,hihihi....



 

PERCUTIAN KE BALI..........



Mood melancong datang lagi,,,,setelah lama membuat perancangan akhirnya sampai juga ke Pulau Bali,,,1st time sampai aku dah wat andaian yang pulau bali ni tak best,,,ala biasa je macam kat Malaysia ni,,,,tapi aku silap,,,yela baru2 je sampai dah wat andaikan,,kat airport lak tu...hihi,,,Lagi pon aku sampai waktu malam,,macam mana nak nikmati keindahan Pulau ni,,,,sampai2 je terus ada 'wak supir"'amik kat luar airport tu,,,pastu terus pergi makan, al maklumlah perut dah menggelodak,,,pas makan,, terus check in and tido puas2,,,banyak gak tempat2 yang best aku lawati ,,,antara nyer pantai geger,pantai kuta,,berdugul ,tanah lot,,gunung berapi dan lain2 pantai,,,at last bali ni memang the best la,,,


HAPPY BESDAY TO MY MUM........

Tanggal 7/11/2010 adalah hari bermakna buat aku,,,kerana hari tersebut adalah hari lahir ibu aku yang tercinta....walau terlambat update kat  blog ni disebabkan sibuk ngan rutin kerja harian,,,tapi aku sempat juga membuat ucapan kepada beliau walaupun melalui panggilan telefon,,,sedih gak x dapat balik kampung disebabkan kerja,,Al-maklum la hari tu jatuh pada normal duty aku,,,,,apa pun aku takkan lupa tarikh2 yang bermakna buat diri aku,,,cerita pasal mak aku ni kadang2 kelakar jugak bile di ingat,,,dari kecil sampai la ke besar,,,Dulu aku ni banyak sangat sakit kan hati dia,,,tapi bila dah besar ni dah boleh pikir menyesal plak,,,,dulu aku slalu bergaduh ngan mak ni,,,yela dulu aku ni nakal sikit,,,,sikit je mak,,,x banyak pon,,,,tu yang dia risau ,,,mak sapa tak sayang anak,,,betul tak???,,,nanti ko jadi mak atau bapak kau tau lah,,,hihi,,,,apa2 pon bile dah besar2 ni baru lah aku sedar mak aku ni sporting,,,boleh bawak bincang dan happening,,,,apa pon di kesempatan ini aku nak ucap selamat hari lahir buat ibu ku yang tercinta,,, along sayang mak,,,,muahhh,,,sory la mak gambar mak kecik je,,,nanti along tukar balik ye,,,,ni pon amik kat fb alia,,( adik aku),,,hihihi

KONVOI KE ULU KENAS....

salam,,,,1st time nih wat blog,,,,x tau mcm mana caranyer,,,aku try je,,,orang kata mencuba tu bagus,,,mana lah tau dapat menambah ilmu pengetahuan...tak salah kan kawan2....sebenarnya aku ni buta IT sikit,,,hihi...al maklum la, blajar pon x tinggi,,,tapi rezeki tu di tangan tuhan kan.....sebenarnya just nak sharing benda sikit,,,bak kata orang sharing is caring,,,,betul????uh,,,tepuk dada tanya selera,,,oits,,,macam da jauh plak menyimpang ni,,,2 minggu lepas aku ada join konvoi bdk2 mhcc zon3 ke Ulu  Kenas,,,best jugakla,,,coz budak2 sempoi and sporting...banyak gak aktiviti2 yang dia orang wat,,,bbq , mandi kat air terjun dan memperagakan kereta masing2,,,,tak terkecuali gak ada yang mencuba kemampuan machine masing2,,,ish3....bahaya tau berlumba di jalan raya,,,kalau  nak berlumba dah ada trek baru di sabak bernam,,,tak payah jauh2 nak pergi ke kampung gajah nun,,,tapi saya tak join pon bab2 ni,,,al maklum lah kereta macam sipot,,,standard kilang,,,hihi,,,belom ada budget lagi la,,,,x pe,,pelan2 kayuh,,,ukur baju badan sendiri...pasal konvoi ni memang hapening la walaupun x ramai yang join,,,tapi cukup la untuk memeriahkan keadaan dan menghangatkan sesuasana